bila jariku bergetar




Sunday, May 20, 2018

Dari Isteriku semasa 5th Anniversary

Happy 5th Anniversary darling. Alhamdulillah, dah masuk tahun ke-5 kita hidup bersama. Ada saat susah & senang yg dah kita tempuhi bersama. Rezeki kita jugak tahun ni bakal menerima seorang lagi permata hati kita, tanda cinta & kasih sayang kita. Semoga kita akan dapat sama2 membesarkan amanah yg diberikan pada kita ini dgn penuh tanggungjawab & kasih sayang. Na juga sentiasa berdoa agar kita akan dapat sama2 menempuhi tahun2 yg akan mendatang dgn lebih baik & semoga kita dipanjangkan usia utk melihat anak2 kita membesar & na juga mampu meniti usia tua bersama2 abang. Alhamdulillah, Allah kurniakan jodoh yg terbaik utk mengisi kehidupan na, utk berkongsi hidup bersama2 dgn abang. Kita sama2 dah berjaya mengharungi peringkat awal perkahwinan kita dgn sabar & tabah walau kadang2 kesabaran abang la yg byk diuji. Semoga tahun2 mendatang akan lebih memberikan kebahagiaan buat diri abang utk teruskan kehidupan bersama dgn na. In sya Allah, na akan cuba dgn lebih baik utk menjadi isteri abang yg solehah, baik dari segi perbuatan, tutur kata & perwatakan. Semoga kita akan sama2 ditempatkan di syurga di akhirat nti bersama dgn anak2 yg soleh, in sya Allah yg akan mendoakan kita. Tingkatkan kasih sayang kita & semoga cinta kita ikhlas kerana Allah agar kita lebih merasai nikmat cinta itu. I love you sooo much abang. Thanks for everything that you have done to me...i'm so blessed to be as your wife...💋🌹♥

No comments:

Post a Comment