bila jariku bergetar




Sunday, November 15, 2015

Nukilan Buat Isteriku

Tiada kata seindah bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar  seindah lukisan
Untuk ku tunjuk perasaan

Bukan sekadar lagu
Tetapi laungan suara hatiku
Bukan sekadar lirik
Tetapi rintihan ikhlas suamimu

Kalau ku dapat mendaki gunung
Akan ku seru ku panggil nama mu
Kalau ku dapat mencapai awan
Akan ku pintal ku jadikan namamu

Bukan sekadar angan-angan
Tetapi usaha kental demi kebahagiaanmu
Bukan sekadar cerita
Tetapi mencipta sejarah gemilang cinta kita.

2 Tahun berlalu penuh dugaan
2 Tahun berlalu penuh cabaran
2 Tahun berlalu ku curah kebahagiaan
2 Tahun berlalu di curah keriangan
2 Tahun berlalu Qaiser muncul
    sebagai bukti cinta kita

Sayang,
semoga lagu mendendangkan hari kita
Semoga lirik menceritakan kasih sayang kita
Semoga gunung menjadi saksi janji kita
Semoga awan menjadi teduhan kehidupan kita

Hari mendatang disulami kasih sayang kita
Janji kita agar cinta terus bersemi hingga ke syurga
Abg akan sentiasa menjadi teduhanmu sayang
Walau abg harus cair menjadi hujan.
Selagi hayat dikandung badan
Dipanjatkan doa agar kita terus hidup
Dengan penuh keberkatan.

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA
YANG KEDUA SAYANG…. 
TERIMA KASIH KERANA MENJADI ISTERI ABG
YANG SOLEHAH DAN ROMANTIK
SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI KITA DARI BENCANA
SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI DAN MEREDHAI KITA
AMIN……

Ikhlas dari Suamimu

ROHAIZI MD HUSSIN

No comments:

Post a Comment