bila jariku bergetar




Thursday, June 10, 2010

Renungan Di FB


Di dalam kehidupan ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Gunakan sebaiknya Akal, Hati dan Jiwa dalam menempuh perjalanan yang penuh berliku. Semoga kebahagiaan menjadi milik kita.........
Jun 09 at 07:28pm

kekadang kita perlu meletakkan diri kita di bawah untuk orang tersayang demi sebuah kebahagiaan, cuma adakah mereka sedar bahawa kita sedang melakukan satu pengorbanan untuk mereka.....renung2kan.
May 21 at 11:31am


Semalam adalah memori, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah impian; apa yang bakal berlaku esok adalah hasil dari apa yang kita lakukan hari ini......Renung2kan
May 18 at 8:01am


Kisah penunggu demaga; Walau secantik mana kapal yang singgah. Walau dicuci, dicat, disolek dan mcm2 di lagi, tetap suatu hari kapal itu akan meninggalkan dermaga dengan seribu satu kenangan. Lalu penunggu dermaga berkata "Bila aku akan jadi nakhoda untuk berlayar bersama kapalnya. Merentas lautas bersama muatan. Maka ...aku tidak lagi terus ditinggalkan"....... Renung2kan
May 12 at 11:29am


kengkadang kita cari kebahagiaan tapi derita yang tiba. Tapi kengkadang lak kita wat deek je, tetiba je datang kebahagiaan..... Inilah dunia Renung2kan
May 11 at 4:04am


Cinta yang abadi adalah cinta kepada ALLAH dan RasulNYA...... Sejauh manakah kecintaan kita terhadap ALLAH didalam mencari keredhaanNYA... Renung-renungkan
May 10 at 1:50pm


cinta tidak perlű dikejar mahupun dicari, cinta akan lahir sendiri dari kesucian hati dan perasaan..... renung2kan
May 7 at 8:37am


Kalau nak tau wajah isteri kita bila tua nanti, tengok la wajah ibu mertua; kalau nak tahu nasib kita di syarikat/department kita bekerja, tengok la orang yang sama jawatan ngan kita yang dah keje 15 tahun. Ambil langkah awal dan rancang kehidupan kita untuk kebahagiaan masa depan. See you at the top! Renung-renungkan
April 24 at 10:54am


Ego adalah pembunuh utama sel kemajuan manusia. Sebelum ia membunuh seluruh sel kita bunuhlah ia dahulu. Hapuskan perasaan ego yang terlampau dalam diri kita, maka kita akan menjadi lebih yakin untuk belajar sesuatu yang baru dari orang lain. Ia akan menjadikan kita lebih berjaya. Renung-renungkan.
April 21 at 10:43am


Apabila kita berada di dalam zone selesa (comford zone) kita sering kali takut untuk mengambil risiko bagi mencapai impian yang terpendam. Maka akhirnya impian hanya akan tinggal impian tanpa usaha untuk mengrealisasikan inpian itu. Kuatkan semangat tingkatkan keyakinan agar impian jadi kenyataan. Kalau orang lain bole...h berjaya, kita juga boleh BERJAYA. Renung-renungkan! See you at the TopSee More
April 16 at 9:33am


Di dalam mencari sebuah kehidupan yang sempurna, kita seharusnya bebas dari belenggu kewangan yang menyiksakan. Namun persoalannya adakah kita bersedia untuk berusaha membuka langkah untuk lari dari BELENGGU itu? Renung-renungkan!
April 15 at 10:34am

No comments:

Post a Comment